Pujian harus diberikan kepada Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) kerana usahanya menganjurkan program untuk menyedarkan masyarakat menjaga kesihatan. Melalui program hidup sihat dikenali sebagai, "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu dan Banyak Penyakit Berlalu" telah menarik seramai 165 orang peserta. Program tersebut yang mendapat pembiayaan daripada Lembaga Promosi kesihatan Malaysia (LPKM) telah dirasmikan oleh Dato Markiman Kobiran, Setiausaha Politik Menteri Dalam negeri pada 23 Januari lepas.
Hargailah kesihatan yang dianuegarah Allah dengan amalan pemakanan yang seimbang serta selalu bersenam atau beriadah.
Bersenam baik untuk kesihatan