Clikc Me. TQ

Tuesday, July 10, 2012

SK Bandar Sunway Semenyih

Menjelang 2014, Bandar Sunway Semenyih akan mempunyai sebuah sekolah rendah kebangsaan yang dapat memuatkan kira-kira 1,000 orang murid. Berita gembira ini disahut baik oleh penduduk sekitar terutama di Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah yang ketika ini anak-anak mereka berlajar di SK Semenyih, SK bandar teknologi dan SK taman jasmin sejauh kira-kira 2 hingga tiga kilometer.

Majlis pecah tanah yang menandakan bermulanya pembinaan sekolah tersebut berlangsung pada 7 Julai 2012 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Hj Zarkashi serta dihadiri kira-kira 5000 penduduk setempat.

SK Bandar Sunway Semenyih mempunyai empat buah blok setinggi tiga tingakt yang memuatkan 24 buah bilik darjah, sebuah bangunan prasekolah, sebuah padang, dua buah gelanggang permainan dan kemudahan-kemudahan lain. Keluasan tapaknya ialah 5.8 hektar dan kos pembinaannya kira-kira RM18.5 juta djangka siap pada september 2013.

Saturday, July 7, 2012

Jangan Tampal Plaster di Dahi

Jangan tampal plaster di dahi dan jangan garu kepala, nanti orang silap sangka!

Mengapa kepala Ketua Menteri Pulau Pinang berplaster?