Clikc Me. TQ

Saturday, April 23, 2011

Jambatan Kontot!


Ini adalah flyover yang dibina merentasi Lebuhraya Lekas, Semenyih. Ia sepatutnya disiapkan sebagai jalan susur penduduk di Semenyih khususnya yang tinggal berhampiran Bandar Tasik Kesuma dan Bandar Baru Rinching.  Namun malangnya ia tidak disiapkan dan telah terbengkalai sejak beberapa tahun lepas. Siapakah yang patut bertanggungjawab?

Thursday, April 21, 2011

Semenyih To Australia

Ketiga-tiga persara ini, Haji Karim Hj salleh 63 tahun (kuning), Abu  Samah, 62 tahun (biru) dan Hj Ramli Hj Yusof, 60 tahun (putih) akan berbasikal mengelilingi benua Australia selama tiga bulan sejauh 14,000 kilometer. Kesemuanya dari Semenyih.

Monday, April 18, 2011

Rumah Minangkabau

Terkini (20 April):
 Pemilik rumah tradisional ini telah dapat dikesan. Krew kami sedang mengatur pertemuan dengan mereka.

Rumah Minangkabau ini terletak di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang. Rumah tradisional ini kelihatan agak uzur dengan beberapa dindingnya yang sudah reput. Atap zinknya  sudah berkarat serta berlubang. Ketika berkunjung, tidak kelihatan ada penghuni dan rumah itu kelihatan dalam keadaan  seperti tidak dihuni atau dijaga. Terdapat beberapa pucuk surat di peti surat yang dah dimakan hari, menunjukkan ia tidak diambil oleh tuan punyanya.

Sunday, April 17, 2011

Talian Aduan

Penduduk di Semenyih
Tak puas hati?

Jalan berlubang...,  pendatang asing, pusat hiburan hingga lewat pagi, sampah sarap bertaburan, longkang tersumbat, rumput tidak dipotong, kereta rosak, murid ponteng sekolah, masjid & surau berceramah politik, lampu jalan tidak menyala, paip bocor/pecah,

dan lain-lain masalah/aduan/pendapat....

SMS kami di talian: 017-666-9464 atau
emel ke: turunpadang@gmail.com

Krew kami akan menyiasat dan menyalurkan kepada pihak/agensi berkaitan untuk tindakan. Kami hanya membantu anda bukan kami yang menyelesaikannya. Terima kasih.

Usahawan Franchais

Seramai 40 orang ahli Wanita UMNO Taman Desa Mewah, Semenyih menghadiri taklimat ushawan franchais bersama pengasas kosmetik D'Navenchee, Dato Azlina Hj Che Abdullah, 16 April lepas. Dato Azlina berpakaian hitam (ditunjuk dgn anak panah).
Bersama Motivator, Hilmi Gimik

Usah Mencemar

Sikap tidak peduli kepada kebersihan dan alam sekitar masih menebal di kalangan segelintir besar masyarakat. Oleh itu, pencemaran masih berleluasa. Kebersihan diabaikan. Pembuangan sampah merata-rata. Masalah akan menjadi kritikal jika kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang  oleh agensi-agensi kerajaaan yang berkaitan.
Di mana Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)? Pembuangan sampah secara haram di Seksyen 5, Bandar Baru Rinching tidak terkawal. Tinjuan kami (gambar) pada 17 April mendapati, selain bahan buangan dari rumah, turut  dibuang ialah sias-sisa binaan seperti batu-batu, kayu dan simen.  Sudah tentu, perbuatan itu dilakukan oleh kontraktor-kontraktor binaan. Sedangkan, undang-undang menetapkan, sesutau binaan atau ubah suai premis  hendaklah mendapat kelulusan daripada MPKj. Kontraktor disyaratkan untuk menyediakan sebuah tong sampah besar yang  kemudiannya membuang sisa ke tapak pelupsuan yang dikhaskan.
Ini menunjukkan kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan daripada  MPKj. Malah banyak tempat, sampah sarap dibuang sesuka hati seperti di Kajang Perdana, Kawasan Industri Ria dan lain-lain. Malah di Pekan Semenyih sendiri kebersihannya masih tidak memuaskan.  Usahlah mencemar alam sekitar!

Wednesday, April 13, 2011

Jambatan Sebagai Jalan Pintas, Sewa Rumah Melonjak

Sebuah jambatan pejalan kaki yang dibina merentasi Sungai Reko di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Teknologi, Kajang bukan sahaja melegakan kira-kira 3,000  masyarakat di sekitarnya tetapi turut mempengaruhi nilai harta tanah di situ. Jambatan berharga RM200 ribu yang baru siap itu dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan atas permohonan   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Terbinanya jambatan itu, ia telah  dapat digunakan oleh murid-murid SK Bandar Teknologi sebagai jalan pintas  dengan jarak hanya kira-kira 1,000 meter berbanding sebelum ini yang terpaksa melalui Jalan Kajang-Semenyih sejauh 4.8 kilometer.
En Mahmud Zuhdi mengiringi pegawwi ICU, JPM  dalam sesi lawatan tapak

Seorang penduduk,  Mohd Rithuan Abdul Rashid yang menetap di Anggerik Perdana berkata, jambatan pejalan kaki tersebut telah dapat menjimatkan perbelanjaan penduduk di situ. Sebelum ini anak-anak mereka yang tinggal di Pangsapuri Teratai, Pangsapuri Kenang dan Anggerik Perdana terpaksa menaiki bas sekolah dengan tambang sebanyak RM40.00 sebulan. Walaupun rumah kami berdepan dengan sekolah tetapi dipisahkan oleh Sunagi Reko yang tidak mempunyai kemudahan untuk menyeberang, katanya.

Datuk Johan Abd Aziz bersama penduduk di kawasan sekitar

Tambah Rithuan, dianggarkan seramai 600  orang murid menggunakannya setiap hari di samping orang awam. Jambatan itu juga telah melonjakkan   harag sewa  Pangsapuri Teratai, Pangsapuri Kenanga dan Anggerik Perdana   daripada RM250 sebulan kepada RM250 – 350 sebulan ketika ini.
Jambatan sepanjang kira-kira 25 meter itu telah membolehkan murid-murid sekolah berjalan kaki atau menaiki basikal dan ia adalah lebih selamat berbanding jika melalui Jalan Kajang-Semenyih yang sibuk.  Selain  pejalan kaki, ia juga digunakan oleh penunggang motosikal sebagai jalan pintas.

Dengan siapnya jambatan itu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi penduduk. Matlamat Perdana menteri, datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang mendahulukan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Di Semenyih banyak program pembangunan yang dibawa hasil usaha Datuk Haji Johan selain kerap turun padang menyelami masalah rakyat. Berbanding apa pula sumbangan daripada kerajaan pakatan di Selangor yang memerintah negeri ini? Banyak infrastruktur yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri diabaikan seperti jalan raya yang berlubang, kebersihan dan juga landskap yang tidak terurus.

Tuesday, April 12, 2011

Makan Bila Perlu, Bersenam Selalu, Penyakit Berlalu

Menerusi pembiayaan  Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM),  Kelab Kecergasan dan Rekerasi Semenyih (KECERGAS) berjaya membantu 15 orang peserta untuk menurunkan berat badan minima 5 kilogram melalui pelbagai aktiviti selama tiga bulan lalu. Pengerusi KECERGAS, Ramli Mat Nor berkata, program “Makan Bila Perlu, Senaman Selalu dan Banyak Penyakit Berlalu” diadakan   untuk menggalakkan orang ramai khususnya di Semenyih mengamalkan gaya hidup sihat. Antara langkah perlu untuk menjaga kesihtan ialah  selalu bersenam di samping mengambil makanan yang seimbang, katanya.
Program sepanjang tiga bulan itu dipenuhi dengan aktiviti senam sihat kesihatan setiap Ahad, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan berkala Body Mask Index (BMI) dan aktiviti mendaki Bukit Broga. Di samping itu, hampir 120 peserta yang terlibat didedahkan dengan pelbagai maklumat kesihatan daripada pengamal perubatan yang dijemput untuk memberi ceramah dan juga kaunseling kesihatan.
Program yang bermula sejak Januari 2011 berakhir 10 April lepas dengan menyaksikan 15 orang peserta menerima hadiah wang tunai kerana berjaya menurunkan berat badan masing-masing. Kata Ramli, aktiviti senam sihat kesihatan akan diteruskan dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi setiap Ahad di Sekolah Kebangsaan Semenyih walaupun program rasminya telah berakhir.
Pada majlis penutupan program itu, ADUN Semenyih Datuk Hj Johan Abd Aziz menggalakkan serta menyokong badan-badan pertubuhan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan peruntukan daripada agensi-agensi tertentu ke arah melaksankan pelbagai program seperti kesihatan, sukan dan juga pendidikan.   Pada majlis yang sama, Datuk Johan turut mengumumkan penajaan program Zoom A kepada lebih 2,000 murid  di semua sekolah di Semenyih yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Monday, April 11, 2011

Baik Pulih Masjid dan Surau DUN Semenyih

Kerajaan Persekutuan belanja  RM580,000   untuk baiki masjid dan surau di Semenyih

Unit Penyelerasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukan sebanyak RM580,000 menerusi dana kerajaan persekutuan untuk menaik taraf atau membaik pulih 15 buah masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih pada tahun 2011. Setiap surau atau masjid di kawasan itu telah dan akan menerima antara RM30,000 hingga RM50,000 untuk tujuan tersebut.
Siap. Tambahan ruang solat Masjid Raja Muda Musa. Ruang tambahan ini  seluas kira-kira 2,270 kaki persegi boleh menampung kira-kira 60-80 orang jemaah.

Masjid atau surau yang terlibat dipilih berdasarkan keperluan yang mendesak. Antaranya disebabkan keadaan surau atau masjid tersebut dalam keadaan yang uzur atau boleh menyebabkan bahaya jika tidak dibaikpulih.
Dalam lawatan tapak yang dilakukan oleh pegawai ICU pada 11 April lalu,    sebuah masjid dan surau yang terlibat dengan projek tersebut telah selesai dilaksankan.   Masjid Raja Muda Musa Semenyih telah menerima sebanyak RM50,000 untuk menambah ruang solat manakala Surau Taman Desa Mewah sebanyak RM30,00 digunakan untuk menurap halaman surau.   Kerja-kerja bagi fasa pertama bagi 13 buah masjid atau surau yang lain sedang dalam pelaksanaan dan  kesemuanya dijangka dapat disempurnakan sebelum bulan Ramadhan tahun ini.
Pegawai Tugas Khas Pejabat ADUN Semenyih, En Mahmud Zuhdi Maon mengiringi Pegawai ICU,
En Mohd Faisal (tengah) melawat Masjid Rinching Hilir.  Di kanan ialah En Sadiron Shuib Setiausaha masjid yang juga  Setiausaha jawatankuasa Kemajuan kampung persekutuan (JKKP)

Sebagai makluman,  masjid dan surau terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh parti Pakatan Rakyat. Namun kerajaan Persekutuan tetap memberikan peruntukan tersebut menerusi ICU  setelah dipohon oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz. Terdapat lebih daripada 60 buah masjid atau surau di Semenyih.
Masjid Kg Pasir Baru, Hulu Semenyih telah berusia kira-kira 40 tahun. Pada 1977 mendapat ruang solat tambahan. Kubah masjid ini bakal diperbaharui tidak lama lagi menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan. 
Projek membaik pulih beberapa buah masjid dan surau lain yang dikenal pasti di Semenyih akan diteruskan menerusi fasa kedua sebaik sahaja peruntukan yang diperlukan diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

PROJEK BAIK PULIH MASJID DAN SURAU DUN SEMENYIH FASA 1

NAMA  MASJID/SURAU
KOS (RM)
1
Masjid Batu 3, Jalan Bangi
30,000
2
Surau al-Makmur, Seksyen 4, Bandar Rinching
40,000
3
Surau Musa, Kampung Rinching Tengah
30,000
4
Masjid Kampung Rinching Hulu
40,000
5
Surau Bandar Sunway Semenyih
30,000
6
Surau Taman Desa Mewah
30,000
7
Surau Tengah, Kg Jalan Enam Kaki, Beranang
30,000
8
Masjid Kg Sungai Kembung Hilir, Beranang
40,000
9
Masjid Raja Muda Musa, Semenyih
50,000
10
Surau PKNS, Batu 26 Beranang
30,000
11
Surau Nurulukhwah, Taman Semenyih Jaya
30,000
12
Masjid Kampung Rinching Hilir
60,000
13
Masjid Kariah Sesapan Batu Rembau, Beranang
50,000
14
Masjid Kampung Pasir Baru, Hulu Semenyih
30,000
15
Menaik taraf Surau ar-Raihan Bandar Teknologi, Kajang
80,000

Tuesday, February 1, 2011

Program Hidup Sihat

Pujian harus diberikan kepada Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) kerana usahanya menganjurkan program untuk menyedarkan  masyarakat menjaga kesihatan. Melalui program hidup sihat dikenali sebagai, "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu dan Banyak Penyakit Berlalu" telah menarik  seramai 165 orang peserta. Program tersebut yang mendapat pembiayaan daripada Lembaga Promosi kesihatan Malaysia (LPKM) telah dirasmikan oleh Dato Markiman Kobiran, Setiausaha Politik Menteri Dalam negeri pada 23 Januari lepas.

Hargailah kesihatan yang dianuegarah Allah dengan amalan pemakanan yang seimbang serta selalu bersenam atau beriadah.

Bersenam baik untuk kesihatan