Clikc Me. TQ

Tuesday, April 12, 2011

Makan Bila Perlu, Bersenam Selalu, Penyakit Berlalu

Menerusi pembiayaan  Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM),  Kelab Kecergasan dan Rekerasi Semenyih (KECERGAS) berjaya membantu 15 orang peserta untuk menurunkan berat badan minima 5 kilogram melalui pelbagai aktiviti selama tiga bulan lalu. Pengerusi KECERGAS, Ramli Mat Nor berkata, program “Makan Bila Perlu, Senaman Selalu dan Banyak Penyakit Berlalu” diadakan   untuk menggalakkan orang ramai khususnya di Semenyih mengamalkan gaya hidup sihat. Antara langkah perlu untuk menjaga kesihtan ialah  selalu bersenam di samping mengambil makanan yang seimbang, katanya.
Program sepanjang tiga bulan itu dipenuhi dengan aktiviti senam sihat kesihatan setiap Ahad, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan berkala Body Mask Index (BMI) dan aktiviti mendaki Bukit Broga. Di samping itu, hampir 120 peserta yang terlibat didedahkan dengan pelbagai maklumat kesihatan daripada pengamal perubatan yang dijemput untuk memberi ceramah dan juga kaunseling kesihatan.
Program yang bermula sejak Januari 2011 berakhir 10 April lepas dengan menyaksikan 15 orang peserta menerima hadiah wang tunai kerana berjaya menurunkan berat badan masing-masing. Kata Ramli, aktiviti senam sihat kesihatan akan diteruskan dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi setiap Ahad di Sekolah Kebangsaan Semenyih walaupun program rasminya telah berakhir.
Pada majlis penutupan program itu, ADUN Semenyih Datuk Hj Johan Abd Aziz menggalakkan serta menyokong badan-badan pertubuhan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan peruntukan daripada agensi-agensi tertentu ke arah melaksankan pelbagai program seperti kesihatan, sukan dan juga pendidikan.   Pada majlis yang sama, Datuk Johan turut mengumumkan penajaan program Zoom A kepada lebih 2,000 murid  di semua sekolah di Semenyih yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment