Clikc Me. TQ

Monday, April 11, 2011

Baik Pulih Masjid dan Surau DUN Semenyih

Kerajaan Persekutuan belanja  RM580,000   untuk baiki masjid dan surau di Semenyih

Unit Penyelerasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukan sebanyak RM580,000 menerusi dana kerajaan persekutuan untuk menaik taraf atau membaik pulih 15 buah masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih pada tahun 2011. Setiap surau atau masjid di kawasan itu telah dan akan menerima antara RM30,000 hingga RM50,000 untuk tujuan tersebut.
Siap. Tambahan ruang solat Masjid Raja Muda Musa. Ruang tambahan ini  seluas kira-kira 2,270 kaki persegi boleh menampung kira-kira 60-80 orang jemaah.

Masjid atau surau yang terlibat dipilih berdasarkan keperluan yang mendesak. Antaranya disebabkan keadaan surau atau masjid tersebut dalam keadaan yang uzur atau boleh menyebabkan bahaya jika tidak dibaikpulih.
Dalam lawatan tapak yang dilakukan oleh pegawai ICU pada 11 April lalu,    sebuah masjid dan surau yang terlibat dengan projek tersebut telah selesai dilaksankan.   Masjid Raja Muda Musa Semenyih telah menerima sebanyak RM50,000 untuk menambah ruang solat manakala Surau Taman Desa Mewah sebanyak RM30,00 digunakan untuk menurap halaman surau.   Kerja-kerja bagi fasa pertama bagi 13 buah masjid atau surau yang lain sedang dalam pelaksanaan dan  kesemuanya dijangka dapat disempurnakan sebelum bulan Ramadhan tahun ini.
Pegawai Tugas Khas Pejabat ADUN Semenyih, En Mahmud Zuhdi Maon mengiringi Pegawai ICU,
En Mohd Faisal (tengah) melawat Masjid Rinching Hilir.  Di kanan ialah En Sadiron Shuib Setiausaha masjid yang juga  Setiausaha jawatankuasa Kemajuan kampung persekutuan (JKKP)

Sebagai makluman,  masjid dan surau terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh parti Pakatan Rakyat. Namun kerajaan Persekutuan tetap memberikan peruntukan tersebut menerusi ICU  setelah dipohon oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz. Terdapat lebih daripada 60 buah masjid atau surau di Semenyih.
Masjid Kg Pasir Baru, Hulu Semenyih telah berusia kira-kira 40 tahun. Pada 1977 mendapat ruang solat tambahan. Kubah masjid ini bakal diperbaharui tidak lama lagi menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan. 
Projek membaik pulih beberapa buah masjid dan surau lain yang dikenal pasti di Semenyih akan diteruskan menerusi fasa kedua sebaik sahaja peruntukan yang diperlukan diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

PROJEK BAIK PULIH MASJID DAN SURAU DUN SEMENYIH FASA 1

NAMA  MASJID/SURAU
KOS (RM)
1
Masjid Batu 3, Jalan Bangi
30,000
2
Surau al-Makmur, Seksyen 4, Bandar Rinching
40,000
3
Surau Musa, Kampung Rinching Tengah
30,000
4
Masjid Kampung Rinching Hulu
40,000
5
Surau Bandar Sunway Semenyih
30,000
6
Surau Taman Desa Mewah
30,000
7
Surau Tengah, Kg Jalan Enam Kaki, Beranang
30,000
8
Masjid Kg Sungai Kembung Hilir, Beranang
40,000
9
Masjid Raja Muda Musa, Semenyih
50,000
10
Surau PKNS, Batu 26 Beranang
30,000
11
Surau Nurulukhwah, Taman Semenyih Jaya
30,000
12
Masjid Kampung Rinching Hilir
60,000
13
Masjid Kariah Sesapan Batu Rembau, Beranang
50,000
14
Masjid Kampung Pasir Baru, Hulu Semenyih
30,000
15
Menaik taraf Surau ar-Raihan Bandar Teknologi, Kajang
80,000

No comments:

Post a Comment