Clikc Me. TQ

Wednesday, April 13, 2011

Jambatan Sebagai Jalan Pintas, Sewa Rumah Melonjak

Sebuah jambatan pejalan kaki yang dibina merentasi Sungai Reko di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Teknologi, Kajang bukan sahaja melegakan kira-kira 3,000  masyarakat di sekitarnya tetapi turut mempengaruhi nilai harta tanah di situ. Jambatan berharga RM200 ribu yang baru siap itu dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan atas permohonan   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Terbinanya jambatan itu, ia telah  dapat digunakan oleh murid-murid SK Bandar Teknologi sebagai jalan pintas  dengan jarak hanya kira-kira 1,000 meter berbanding sebelum ini yang terpaksa melalui Jalan Kajang-Semenyih sejauh 4.8 kilometer.
En Mahmud Zuhdi mengiringi pegawwi ICU, JPM  dalam sesi lawatan tapak

Seorang penduduk,  Mohd Rithuan Abdul Rashid yang menetap di Anggerik Perdana berkata, jambatan pejalan kaki tersebut telah dapat menjimatkan perbelanjaan penduduk di situ. Sebelum ini anak-anak mereka yang tinggal di Pangsapuri Teratai, Pangsapuri Kenang dan Anggerik Perdana terpaksa menaiki bas sekolah dengan tambang sebanyak RM40.00 sebulan. Walaupun rumah kami berdepan dengan sekolah tetapi dipisahkan oleh Sunagi Reko yang tidak mempunyai kemudahan untuk menyeberang, katanya.

Datuk Johan Abd Aziz bersama penduduk di kawasan sekitar

Tambah Rithuan, dianggarkan seramai 600  orang murid menggunakannya setiap hari di samping orang awam. Jambatan itu juga telah melonjakkan   harag sewa  Pangsapuri Teratai, Pangsapuri Kenanga dan Anggerik Perdana   daripada RM250 sebulan kepada RM250 – 350 sebulan ketika ini.
Jambatan sepanjang kira-kira 25 meter itu telah membolehkan murid-murid sekolah berjalan kaki atau menaiki basikal dan ia adalah lebih selamat berbanding jika melalui Jalan Kajang-Semenyih yang sibuk.  Selain  pejalan kaki, ia juga digunakan oleh penunggang motosikal sebagai jalan pintas.

Dengan siapnya jambatan itu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi penduduk. Matlamat Perdana menteri, datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang mendahulukan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Di Semenyih banyak program pembangunan yang dibawa hasil usaha Datuk Haji Johan selain kerap turun padang menyelami masalah rakyat. Berbanding apa pula sumbangan daripada kerajaan pakatan di Selangor yang memerintah negeri ini? Banyak infrastruktur yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri diabaikan seperti jalan raya yang berlubang, kebersihan dan juga landskap yang tidak terurus.

No comments:

Post a Comment